Popular Posts

Saturday, 14 January 2012

ஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ ღೋ perkara yang wanita benci ஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ ღೋ

 Kebanyakkan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila kerap merajuk & marah tanpa sebab. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada itu menjadi punca pertengkaran. Namun lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh wanita,sepatutnya lelaki meneliti beberapa perbuatan mereka yang sering dilakukan tanpa mereka sedari.


= > Panas Baran
---> Pantang silap sikit ada sahaja yang dikatakan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat,kadangkala tangan lelaki lebih pantas menampar @ mencekik leher kekasih apabila dia sedang marah(baran) kononye nak tunjukkan yang mereka ini kuat & berkuasa


= > Mengongkong
---> Segala gerak geri kekasih sentiasa dikawal,sampai nak berhibur dengan kawan-kawan pun tidak boleh. Ta cukup dengan gerak geri,pakaian pun nak dikongkong juga. Apa yang kita nak pakai kena ikut selera dia,ouh sungguh rimas kalau dapat kekasih sebegitu rupanya. Tetapi,mereka akan melenting bila si kekasih menyoal siasat segala aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Masa itu,mula lah dituduhnya kaum hawa ni quen control @ psiko.


= > Ego
---> Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabilah berlaku pergaduhan,wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala,apabila marah sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri untuk tidak menghubungi kekasih semata-mata ingin dipujuk. Tidak salah kalau kita mempamerkan ego kita tapi biarlah kena pada tempatnya.


= > Main Kayu Tiga
---> Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda oleh perempuan lain terus hanyut ! Ada juga lelaki yang pantang nampak wanita cantik pasti dijadikan dalam senarai 'Teman Tapi Mesra' . Ramai juga lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tapi masih sanggup keluar dengan perempuan lain.


= > Pentingkan Kawan-Kawan
---> Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin lepak dengan kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja ataupun apa urusan sekalipun mereka mementingkan kawan-kawan,sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. FAKTA: wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.


= >Tidak Tahu Menghargai
---> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau perbuatan kekasihnya. Ada pula yang pura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Lelaki mahu si dia terus terang menunjukkan sikap menghargai mereka,kalau setakat sikit-sikit alamatnya mereka pura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sesekali tunjukkan sikap menghargai teman wanita anda seperti memberi hadiah yang kecil bukan luak pun jika kita melakukan sikap menghargai pasangan kita.


= > Penipu
---> Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu atau memberi alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki yang sudah berpunya tetapi mengaku dirinya masih 'single and available. Sifat suka menipu & berdolak dalih ini lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda. Be careful !