Popular Posts

Thursday, 5 January 2012

ஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ ღೋ Dunia & Ayat Cinta ஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ ღೋ

Sepatutnya kau menjadi peneman aku di kala aku sunyi dalam waktu begini tapi kau telah tinggalkan aku dan akhiri segalanya.Aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu,bukan aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.Demi orang lain kau ingkari janji dan sumpah kau kepadaku,aku akhirnya dapat menerima perpisahan ini dan benar-benar percaya aku boleh hidup tanpamu disisiku. .

Aku menahan kesabaranku,aku menahan air mataku dari terus mengalir jatuh dipipi ku.Aku tiada tempat berlindung lagi,aku pasrah atas ketentuan-nya. .Kenapa engkau mencariku dan memberi harapan palsu seolah-olah kau ingin merosakkan segala-galanya sekali lagi? Ya,aku kalah untuk pertahankan rasa tidak mahu bercinta tapi aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu !!

Soal hati dan perasaan tiada undang-undang,apatah lagi paksaan.Tapi kita kena berwaspada bila kembali besama kekasih hati yang pernah sakitkan hati kita suatu masa dahulu.Soal cinta adalah soal hati,Ia juga soal jodoh.Manusia hanya mampu merancang tapi hanya tuhan yang menentukan jodoh kita.
Tiada kasih yang manis dari kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.Orang putus cinta selalunya berakhir dengan air mata. . .


Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum sambil mendokan kebahgiaan untuknya walaupun terpaksa melepaskannya pergi.Cinta tidak berbalas bagaikan layang-layang terputus talinya.Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama dengan cinta.Cinta akan hidup bersama waktu,apabila waktu itu terhenti maka matilah cinta itu. .


p/s: kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain,itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cinta tapi tidak menyintai diri kita.

Jika kita menyayangi seseorang itu kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang kita benar-benar sayang,cinta dan kasih kepadanya.