Popular Posts

Tuesday, 31 January 2012

ஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ ღೋ Cara Berdepan Pasangan Cemburu Buta ஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ♥ஜ♥ஜ♥ஜஜ ღೋ

Biarlah ada rasionalnya kerana hidup berumah tangga menuntut kerjasama dan sikap saling percaya antara satu sama lain.Jika anda berdepan dengan pasangan kuat cemburu pula sebaiknya,carilah jalan penyelesaian dengan segera agar tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga. .


1. SELIDIK PUNCA CEMBURU
Cemburu memang perlu tetapi janganlah keterlaluan.Sekiranya terjadi,carilah puncanya dan tanya kepada diri apakah ia releven dilanjutkan.Seandainya melibatkan orang ketiga,fikirkan kembali karakter pasangan anda.Mungkin dia seorang yang mudah mesra dan ramah dengan semua orang.Tidak mustahil mereka hanya rakan sekerja dan khabar-khabar angin yang didengar telah ditambah garam dan perisa.Jangan terus melenting sebaiknya timbanglah perasaan anda secara waras.


2.GUNAKAN TEKNIK 'PANTULAN CERMIN'
Sekiranya pasangan anda tergolong dalam individu yang cemburu buta,perhatikan berapa kerap dia menghubungi anda dalam sehari.Mungkin 10kali dan anda berasa rimas dengan pertanyaan demi pertanyaan setiap kali dia menghubungi anda.Apa kata anda melakukan perkara yang sama kepadanya.Hubungi pasangan dan tanya kembali soalan yang sering diajukan kepada anda.Biar dia rasa bosan sebagaimana yang anda rasakan.Lama kelamaan dia pasti terfikir bahawa cara yang dipraktikkan tidak sihat dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.